Posted by: kamarulail | August 11, 2009

RENUNGAN UTK MELAYU ISLAM DLM PAKATAN RAKYAT

Akum para ulamak, ilmuan dan politikus yang berjuang dan bersekongkol dalam Pakatan Rakyat, semoga 

anda semua bangun dari tidur setelah dibuai

mimpi indah, sedarlah bahawa rakan-rakan anda

daripada DAP dan PKR telah mula menunjukkan

belang dan menjadikan anda sebagai kuda tunggangan

dengan terang-terangan menghina kesucian Agama Islam

dan menjatuhkan maruah Agama,bangsa dan tanahair

yang menjadi perjuangan kita sebagai kaum peribumi

dan ianya selari dengan prinsip perlembagaan kita dan

telah dipersetujui di dalam kontrak sosial. Ayuh bangun

wahai saudara seagama dan sebangsa…tunjukkan

pendirian dan prinsip perjuangan anda demi kesejahteraan

dunia dan akhirat…..

Posted by: kamarulail | August 3, 2009

Gerakan Mansuhkan ISA Menguntugkan Siapa?

Salam pada para muslimin-muslimat yang berkesempatan menghadirkan diri di dalam gerombolan demontrasi jalanan dalam usaha mendesak kerajaan BN memansuhkan ISA.

Hasil susah payah sdr dan sdri telah memberi keuntungan kepada politikus yang menjadikan politik sebagai kerjaya sepanjang hayat. Kerjaya mereka sebagai ahli politik akan berkubur sekiranya tiada isu baru yang ditimbulkan. Wahai generasi muda yang intelektual, berfikir dan bermuhasabah diri lah supaya anda semua tidak dikudakan oleh para politikus yang ghairah dan bimbang akan kehilangan kerusi MP dan ADUN.

Negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 thn ini. sepanjang 52 tahun kemerdekaan berapa ramaikah rakyat malaysia yang telah di kenakan tahanan ISA? Siapakah mereka? Wajarkah mereka di tahan? Apakah kesalahan mereka? Berapa peratus jumlah mereka berbanding jumlah penduduk Malaysia?

Hanya mereka yang terlibat dengan aktiviti subersif dan mengancam keselamatan negara yang ditahan. Rakyat Malaysia yang mengamalkan RukuNegara insyaAllah akan selamat. Adakah insan yang cuba menggugat RukunNegara perlu kita sanjung sebagai pejuang……….

Kalau begitu tanggapan kita, maka kita juga sama dengan mereka tetapi jika kita cinta kepada keamanan dan keharmonian maka kita perlu menyokong supaya Akta ISA terus kekal bersama penambahbaikan mengikut masa.

Posted by: kamarulail | June 2, 2009

Pilihanraya Kecil Penanti

Satu Pilihanraya yang paling buruk dalam sejarah berdasarkan peratus pengundi yang keluar. Ini jelas menunjukkan bahawa pengundi telah bosan dengan karenah PKR yang banyak berpolitik daripada menumpukan tanggungjawab membela nasib rakyat. Keputusan ini tidak mencerminkan kekuatan sebenar PKR, hanya 40% yang keluar mengundi dan tidak sampai separuh 50% pengundi Penanti yang bersama PKR. Sekarang waktu yang sesuai untuk semua pemimpin dan pengikut PKR untuk bermuhasabah tentang hala tuju perjuangan mereka ”demi keadilan dan kebajikan rakyat”.

Posted by: kamarulail | May 29, 2009

Majlis Penyampaian Wang Zakat Bank Rakyat

Khamis 28 Mei, 2009, jam 9.00pagi seramai 150 orang telah mula berkumpul di perkarangan bengkel Md Din di Sungai Baru, Sg Tinggi. Satu majlis yang diatur dan disusun oleh JKKK Sg.Nyor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Radzi selaku Pengerusi JKKK, seramai 96 orang yang layak menerima zakat mewakili 6 cawangan dibawah naungan JKKK Sg Nyior. Wang zakat ini adalah sumbangan daripada Bank Rakyat melalui Timbalan Ketua UMNO BahagianSdr.Kamarulail Hj Sulaiman. YB Datuk Haji Rosli Husin hadir sebagai tetamu VVIP yang menyempurnakan majlis perasmian tersebut. UMNO Bahagian Bukit Gantang merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pengurusan Bank Rakyat yang telah menyalurkan RM100,000 wang zakat untuk diagihkan kepada 10 kawasan JKKK sebanyak RM10,000 setiap satu di dalam kawasan Parlimen Bukit. Semoga Parlimen Bukit Gantang akan sentiasa di hati Bank Rakyat dan kami seluruh warga Parlimen Bukit Gantang sentiasa mendoakan semoga Bank Rakyat terus dilimpahkan rahmat Allah swt dan terus maju.

Posted by: kamarulail | May 26, 2009

Majlis Kesyukuran MB Perak

Tahniah kepada YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kader yang telah disahkan oleh pihak Mahkamah Rayuan sebagai MB Perak pada 16 Mei, 2009. Di atas rasa kesyukuran maka satu majli telah di atur pada malam kelmarin 26 Mei, 2009 di kediaman rasmi MB Perak. Bermula jam 7.00ptg seramai 1,000 orang pemimpi ,ahli UMNO dan penyokong BN beragama Islam seluruh Negeri Perak telah hadir untuk sama-sama bermunajat dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah swt. Bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh MB sendiri, diikuti dengan zikir munajat diketuai oleh YB Datuk Kapt(B) Najmudin Elias Al-Hafiz, tazkirah, doa kesyukuran dan sedikit ucapan semangat oleh MB. Pendekatan yang terbaik ini saya yakin akan mengembalikan semula roh perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa dan Tanah air insyaAllah. Dalam masa yang sama gerakan dan seruan oleh DAP bermogok lapar, PAS berpuasa dgn lafaz niat kerana Nizar maka yang terbaik ialah majlis kesyukuran oleh UMNO/BN. Tahniah MB dan seluruh kepimpinan dan pentadbiran SUK Perak.

Posted by: kamarulail | May 26, 2009

Pertandingan Pintball DUN Sepetang

Alhamdulillah UMNO Bahagian Bukit Gantang dengan kerjasama Pengerusi-Pengerusi Zon DUN Sepetang yang diketuai oleh Sdr Adzmi Abdullah yang juga merupakan AJK Bahagian telah berjaya menganjurkan satu kejohanan Pintball peringkat DUN di Kg Air Putih pada hari Ahad 23 Mei, 2009. Kejohanan ini bagi merebut piala pusingan YB Datuk Haji Rosli Husin, Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Trong. Seramai 200 orang telah hadir sepanjang kejohanan ini berlangsung, bermula jam 9pagi hingga 3.00petang. Pasukan Kg Air Putih diketuai oleh Sdr.Mohd Noor Salleh(Pengurus) telah menjadi juara mengalahkan pasukan Taman Mewah yang diketuai oleh Sdr.Razali(Pengurus). Pada pengamatan saya kejohanan ini telah memberi impak yang bagus didalam mengeratkan silatulrahim dikalangan pemimpin bahagian dan ahli-ahli cawangan yang terdiri daripada semua golongan iaitu dewasa, pemuda, wanita dan puteri. Ianya juga berjaya menarik perhatian golongan muda yang masih tidak menyertai mana-mana parti dan badan NGO. InsyaAllah UMNO Bahagian akan menjadikan kejohonan ini sebagai jambatan untuk menghubungkan kemesraan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ketua Bahagian manakala mjlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh saya sendiri selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Tahniah kepada urusetia penganjur, tahniah kepada yang menang dan pada pasukan yang kalah jangan putus asa, cuba lagi di lain masa.

Posted by: kamarulail | May 26, 2009

Takziah Buat Mukriz

Alfatihah…Salam takziah kepada YB Datuk Mukriz Mahathir, Timbalan Menteri MITI yang telah menerima dengan tabah ketentuan Ilahi, pemergian ayahanda mertua tersayang, semoga ujian ini akan meningkatkan lagi keimanan beliau sekeluarga.

Posted by: kamarulail | March 17, 2009

Fitnah

 

Kemudaratan fitnah begitu acapkali kita dengari  bermacam-macam hadis, perumpamaan  berkaitannya. Namun kita masih membiarkan diri kita dilingkari dan uliti oleh fitnah mungkin juga ada yang tidak sedar ketika berbicara dan berbahas bersama sahabat  dasar bicara itu sebenarnya adalah spekulasi atau fitnah, seperti mana kita lihat berita tentang “pertemuan YAB PM dengan Anwar” akhbar  yang memaparkan berita tersebut mungkin membawa  label tersembunyi di sebalik berita tersebut  iaitu “sedia untuk dispekulasi”

Dikesempatan ini ingin saya nukilkan satu peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu ketika zaman khalifah Saidina Osman utk dijadikan sempadan dan iktibar bagi kita semua.

Jika kita teliti fitnah mula tersebar di zaman Saidina Osman apabila timbul pelbagai dakwaan terhadap pentadbiran beliau mungkin ianya benar dan mungkin juga tidak benar dan palsu  antara dakwaan tersebut ialah:

i.  Para gabenor dan pentadbir dituduh menzalimi rakyat.

ii. Saidina Osman dituduh mengamalkan nepotisme dan juga kronisme.

Dakwaan pertama itu perlu diperjelaskan bahawa tuduhan para pentadbir itu melakukan kezaliman ada yang benar dan ada yang sebahagiannya palsu . Tuduhan ini perlu dilihat dari dua sudut:-

 i. Benar ada yang melakukan kezaliman kerana jika dilihat Bani Umayyah adalah golongan yang jadi penentang kepada dakwah Nabi pada awal penyebaran Islam,mereka tidak diberikan peranan yang besar kemungkinan atas sebab sejarah mereka yang lampau namun mereka telah diberikan peranan penting  memimpin tentera seperti Yazid bin Abi Sufian dan juga Muawiyah bin Abi Sufyan. Apabila Saidina Osman dilantik menjadi khalifah maka Bani Umayyah kembali berada dipuncak kepimpinan ketika itu kemungkinan ada sebahagian dari mereka berfikir seperti sebahagian orang Melayu berfikir “ inilah masanya untuk mengaut projek dan menebus dendam”.

ii.  Sudut kedua pula harus kita teliti dengan melihat kembali sejarah Bani Umayyah semasa Jahiliyyah mereka adalah pembesar Quraish dan mereka sebenarnya berpendidikan dan berkebolehan buktinya  Nabi S.A.W melantik Muawiyah sebagai juru tulis wahyu , bahkan ketika zaman Saidina Osman pelantikan para pentadbir dan gabenor yang dilakukan berdasarkan kepada merit atau kemampuan mereka atas sebab itu  Saidina Osman melantik para pentadbir dan gabenor  dari Bani Umayyah dan secara tak langsung dari kaum keluarganya sendiri.

Malangnya jika kita  melemparkan tuduhan nepotisme dan kronisme pada Saidina Osman dan malanglah  juga jika kita turut melemparkan tuduhan dan fitnah yang serupa kepada  individu-individu muslim seperti  kita. Kekadang apabila kita membiarkan nafsu amarah dan merehatkan akal fikiran hingga ke tahap bawah sedar  tanpa kita sedari  kita telah mengembang biakkan tuduhan atau fitnah.

Oleh itu saudara-saudara ku sekalian marilah kita cuba untuk berdiam diri dan cubalah untuk  menjadi pendengar sahaja bagi  spekulasi dan fitnah malah mungkin kita boleh menasihati mereka  yang cuba untuk menyebarkan dan mengembang biakkan gejala tidak sihat ini. Wallahualam

Posted by: kamarulail | February 27, 2009

Taat kepada pimpinan

Semenjak PRU12 rakyat dihidangkan dengan pelbagai isu sensasi dalam pelbagai bentuk, ada yang berupa fitnah, ada juga berupa fakta, ada juga yang berupa serangan politik dan sebagainya. Mana tahu kemungkinan ada rakyat yang mual dan lemas dengan suasana yang begini, mungkin juga sebahagiannya yang mungkin tidak jemu-jemu membincangkan isu-isu sensasi tersebut.

Bukit Gantang juga tidak terlepas dari isu-isu sensasi serta tumpuan lensa dan pena para wartawan tambahan pula menjelang pilihanraya yang akan datang. Malah berita mengenai saya juga tidak terlepas dari lensa dan pena mereka. Ada yang sebahagiannya benar dan ada juga yang tidak benar .

Tuduhan, fitnah dan pelbagai rupa serangan ini boleh difahami dengan meneliti suasana politik di Malaysia sekarang ini malah ianya juga berkait rapat dengan pilihanraya P059 Bukit Gantang yang semakin hampir ini.

Apa yang berselirat di sebalik semua isu ini jika diamati mungkin datang dari keengganan kita patuh terhadap pimpinan. Baik kumpulan pembangkang yang membangkang hingga akhir hayatnya tanpa mempedulikan prinsip taat terhadap kepimpinan yang menerajui negara ketika ini begitu juga kumpulan yang memimpin turut terikut sama.

Sahabat sahabat yang saya sayangi sekalian,

Marilah kita renungi firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 246-250 yang menceritakan kepada kita tentang kisah Tholut dan Jalut maksudnya:

[246] Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”.

 

Sikap Bani Israel ini boleh difahami seperti berikut:-

1. Awalnya menyatakan kesanggupan mereka untuk keluar berjihad

2. Namun apabila difardukan mereka enggan keluar berjihad.

3. Kemudian mereka menyatakan mereka perlu seorang ketua (raja).

4. Namun apabila dilantik Tholut seorang yang bukan berdarah raja tetapi mempunyai kekuatan dan ilmu mereka pula menyatakan mereka inginkan seorang ketua yang mempunyai harta.

5. Lantas mereka memohon pula supaya dibuktikan kekuasaan Tholut. Lalu Allah membuktikan kekuasaan Tholut dengan menzahirkan peti (Tabut) yang dikatakan menyimpan naskah asal Taurat dan legitimasi kepimpinan Tholut. Setelah itu barulah mereka ingin keluar berjihad.

6. Apabila mereka keluar berjihad, kengganan mereka patuh terhadap pemimpin dapat dilihat apabila Tholut memerintahkan mereka hanya meminum air sungai dengan kadar hanya satu cedokan sahaja tetapi ramai yang tidak mempedulikan arahan tersebut hingga menyebabkan sebahagian besar daripada tidak dapat meneruskan perjuangan melawan Jalut.

 

Saudara,

Marilah kita bertanya diri kita…

1. Adakah sikap kita menyamai sikap Bani Israel ini?

2. Adakah kita sering mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mengendahkan arahan pimpinan?

3. Kenapa kita masih ingin mempertikai arahan pimpinan jika kita sedar tindakan itu akan memecahbelah perpaduan?

4. Kenapa kita perlu mencari jalan gelap demi memastikan apa yang dihajati diri tercapai?

5. Mungkinkah kita sebenarnya mempunyai “agenda tersembunyi” ketika di medan perjuangan ini?

 

Persoalan- persoalan ini mungkin bisa dijawab dengan cara bermuhasabah terhadap segala tindakan kita selama ini. Ini merupakan cara terbaik bagi memperbetulkan laluan yang akan kita tempoh. Oleh itu saya menyeru sahabat seperjuangan marilah kita bersama-sama melupakan seketika titik perbezaan yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Wallahualam

Posted by: kamarulail | February 24, 2009

Temubual kedua bersama Malaysiakini

Petikan dari laman Malaysiakini.com

 

 

Kamarulail: Saya serah pada parti…
Muda Mohd Noor | Feb 23, 09 3:42pm
 

Timbalan ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon terbaik untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April depan.

 

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan parti mengenai perkata tersebut asalkan ia membawa kebaikan kepada parti.

“Tetapi kita perlu meletakkan calon yang boleh diterima oleh pengundi Bukit Gantang.

“Kalau calon yang hebat tetapi kalah dalam pilihanraya tidak guna juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kamarulail antara tiga nama yang disebut-sebut telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Dua orang lagi ialah naib ketua bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dan bekas ketua penerangan bahagian, Ismail Saffian.

Pilihanraya Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS awal bulan ini.

‘Calon paling popular’

Kamarulail berkata, ketiga-tiga nama yang disebut itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Ismail menjadi calon paling popular untuk bertanding di Bukit Gantang, Kamarulail berkata:  “Kalau calon yang hebat tetapi kalah, tidak guna.

“Masing-masing ada kelebihan, yang penting Umno menang kerusi Bukit Gantang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Kamarulail yang juga pensyarah di Kolej Islam Perak berkata, beliau akur dengan keputusan parti untuk memilih sesiapa sahaja menjadi calon BN.

Katanya, soal siapa yang menjadi calon tidak penting tetapi yang perlu diutamakan ialah BN merampas semula kerusi Bukit Gantang dari PAS.

Sementara itu, Ismail ketika dihubungi berkata, beliau sedia memikul tanggungjawab menjadi calon BN jika dipilih oleh parti.

Iktibar dari KT

“Saya bukan melobi hendak menjadi calon tetapi saya mempunyai pengalaman dua penggal sebagai pengarah pilihanraya BN Bukit Gantang dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

“Saya juga sudah 24 tahun dalam Umno Bukit Gantang,” katanya.
 
Ismail berkata, baru-baru ini ibu pejabat Umno menelefonnya berhubung pemiihan calon BN untuk parlimen Bukit Gantang.

“Saya diberitahu supaya berjumpa dengan masyarakat, siapakah calon yang mereka hendak.

“Jangan pilih ikut suka hati mengikut kehendak mereka sahaja tanpa mengambil kira pandangan pengundi.

“Jangan jadi seperti pilihanraya kecil Kuala Terengganu, kita tetap dengan calon kita, walaupun tahu rakyat tidak suka,” katanya.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.