Semenjak PRU12 rakyat dihidangkan dengan pelbagai isu sensasi dalam pelbagai bentuk, ada yang berupa fitnah, ada juga berupa fakta, ada juga yang berupa serangan politik dan sebagainya. Mana tahu kemungkinan ada rakyat yang mual dan lemas dengan suasana yang begini, mungkin juga sebahagiannya yang mungkin tidak jemu-jemu membincangkan isu-isu sensasi tersebut.
Bukit Gantang juga tidak terlepas dari isu-isu sensasi serta tumpuan lensa dan pena para wartawan tambahan pula menjelang pilihanraya yang akan datang. Malah berita mengenai saya juga tidak terlepas dari lensa dan pena mereka. Ada yang sebahagiannya benar dan ada juga yang tidak benar .
Tuduhan, fitnah dan pelbagai rupa serangan ini boleh difahami dengan meneliti suasana politik di Malaysia sekarang ini malah ianya juga berkait rapat dengan pilihanraya P059 Bukit Gantang yang semakin hampir ini.
Apa yang berselirat di sebalik semua isu ini jika diamati mungkin datang dari keengganan kita patuh terhadap pimpinan. Baik kumpulan pembangkang yang membangkang hingga akhir hayatnya tanpa mempedulikan prinsip taat terhadap kepimpinan yang menerajui negara ketika ini begitu juga kumpulan yang memimpin turut terikut sama.
Sahabat sahabat yang saya sayangi sekalian,
Marilah kita renungi firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 246-250 yang menceritakan kepada kita tentang kisah Tholut dan Jalut maksudnya:
[246] Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
[247] Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
[248] Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
[249] Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.
[250] Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”.
Sikap Bani Israel ini boleh difahami seperti berikut:-
1. Awalnya menyatakan kesanggupan mereka untuk keluar berjihad
2. Namun apabila difardukan mereka enggan keluar berjihad.
3. Kemudian mereka menyatakan mereka perlu seorang ketua (raja).
4. Namun apabila dilantik Tholut seorang yang bukan berdarah raja tetapi mempunyai kekuatan dan ilmu mereka pula menyatakan mereka inginkan seorang ketua yang mempunyai harta.
5. Lantas mereka memohon pula supaya dibuktikan kekuasaan Tholut. Lalu Allah membuktikan kekuasaan Tholut dengan menzahirkan peti (Tabut) yang dikatakan menyimpan naskah asal Taurat dan legitimasi kepimpinan Tholut. Setelah itu barulah mereka ingin keluar berjihad.
6. Apabila mereka keluar berjihad, kengganan mereka patuh terhadap pemimpin dapat dilihat apabila Tholut memerintahkan mereka hanya meminum air sungai dengan kadar hanya satu cedokan sahaja tetapi ramai yang tidak mempedulikan arahan tersebut hingga menyebabkan sebahagian besar daripada tidak dapat meneruskan perjuangan melawan Jalut.
Saudara,
Marilah kita bertanya diri kita…
1. Adakah sikap kita menyamai sikap Bani Israel ini?
2. Adakah kita sering mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mengendahkan arahan pimpinan?
3. Kenapa kita masih ingin mempertikai arahan pimpinan jika kita sedar tindakan itu akan memecahbelah perpaduan?
4. Kenapa kita perlu mencari jalan gelap demi memastikan apa yang dihajati diri tercapai?
5. Mungkinkah kita sebenarnya mempunyai “agenda tersembunyi” ketika di medan perjuangan ini?
Persoalan- persoalan ini mungkin bisa dijawab dengan cara bermuhasabah terhadap segala tindakan kita selama ini. Ini merupakan cara terbaik bagi memperbetulkan laluan yang akan kita tempoh. Oleh itu saya menyeru sahabat seperjuangan marilah kita bersama-sama melupakan seketika titik perbezaan yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah pertelingkahan yang tidak berkesudahan.
Wallahualam

Salam,
Kita dibenarkan berbeza pendapat di dalam parti. Tetapi bila berhadapan dengan musuh, perbezaan pendapat mestilah diketepikan untuk menjamin kemenangan parti.
Budaya `cah keting’ mesti dielakkan di Bukit Gantang. Sekira ianya masih berlaku sudah tentu kita akan menerima padah seperti di KT.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.
TOLAK BONEKA DAP DI BUKIT GANTANG!!!
T. kasih
By: Roshatika on March 1, 2009
at 6:36 am
Uncle Kamarul
whole family is praying that ur name dipilih utk by election kali ini!
sudah tiba masanya utk bkt gantang berubah
BERANI BERUBAH!
By: Ismail Tahir on March 1, 2009
at 2:54 pm
Salam Tuan,
Saya menyokong sangat jika saudara dipilih dan juga saya turut menyokong mana-mana calon yang terpilih asalkan tiada perpecahan antara kita. Perjuangan mesti diteruskan dan perubahan mesti dilakukan di peringkat Negeri dan Negara. Kembalikan semula kuasa orang Melayu dan Raja-raja Melayu..Daulat Tuanku. Juga diharap kali ini tidak membawa KJ bersama utk berkempen.
Insyallah Allah akan bersama orang-orang yg benar.
By: fadzilah on March 3, 2009
at 3:42 am
Tuan,
Teruskan perjuangan bagi membantu kemenangan PRK Bukit Gantang. Insya-Allah, keikhlasan untuk agama, bangsa dan negara pasti akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.
By: Syeikh Al-Hafiz on March 14, 2009
at 5:55 pm