Posted by: kamarulail | March 17, 2009

Fitnah

 

Kemudaratan fitnah begitu acapkali kita dengari  bermacam-macam hadis, perumpamaan  berkaitannya. Namun kita masih membiarkan diri kita dilingkari dan uliti oleh fitnah mungkin juga ada yang tidak sedar ketika berbicara dan berbahas bersama sahabat  dasar bicara itu sebenarnya adalah spekulasi atau fitnah, seperti mana kita lihat berita tentang “pertemuan YAB PM dengan Anwar” akhbar  yang memaparkan berita tersebut mungkin membawa  label tersembunyi di sebalik berita tersebut  iaitu “sedia untuk dispekulasi”

Dikesempatan ini ingin saya nukilkan satu peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu ketika zaman khalifah Saidina Osman utk dijadikan sempadan dan iktibar bagi kita semua.

Jika kita teliti fitnah mula tersebar di zaman Saidina Osman apabila timbul pelbagai dakwaan terhadap pentadbiran beliau mungkin ianya benar dan mungkin juga tidak benar dan palsu  antara dakwaan tersebut ialah:

i.  Para gabenor dan pentadbir dituduh menzalimi rakyat.

ii. Saidina Osman dituduh mengamalkan nepotisme dan juga kronisme.

Dakwaan pertama itu perlu diperjelaskan bahawa tuduhan para pentadbir itu melakukan kezaliman ada yang benar dan ada yang sebahagiannya palsu . Tuduhan ini perlu dilihat dari dua sudut:-

 i. Benar ada yang melakukan kezaliman kerana jika dilihat Bani Umayyah adalah golongan yang jadi penentang kepada dakwah Nabi pada awal penyebaran Islam,mereka tidak diberikan peranan yang besar kemungkinan atas sebab sejarah mereka yang lampau namun mereka telah diberikan peranan penting  memimpin tentera seperti Yazid bin Abi Sufian dan juga Muawiyah bin Abi Sufyan. Apabila Saidina Osman dilantik menjadi khalifah maka Bani Umayyah kembali berada dipuncak kepimpinan ketika itu kemungkinan ada sebahagian dari mereka berfikir seperti sebahagian orang Melayu berfikir “ inilah masanya untuk mengaut projek dan menebus dendam”.

ii.  Sudut kedua pula harus kita teliti dengan melihat kembali sejarah Bani Umayyah semasa Jahiliyyah mereka adalah pembesar Quraish dan mereka sebenarnya berpendidikan dan berkebolehan buktinya  Nabi S.A.W melantik Muawiyah sebagai juru tulis wahyu , bahkan ketika zaman Saidina Osman pelantikan para pentadbir dan gabenor yang dilakukan berdasarkan kepada merit atau kemampuan mereka atas sebab itu  Saidina Osman melantik para pentadbir dan gabenor  dari Bani Umayyah dan secara tak langsung dari kaum keluarganya sendiri.

Malangnya jika kita  melemparkan tuduhan nepotisme dan kronisme pada Saidina Osman dan malanglah  juga jika kita turut melemparkan tuduhan dan fitnah yang serupa kepada  individu-individu muslim seperti  kita. Kekadang apabila kita membiarkan nafsu amarah dan merehatkan akal fikiran hingga ke tahap bawah sedar  tanpa kita sedari  kita telah mengembang biakkan tuduhan atau fitnah.

Oleh itu saudara-saudara ku sekalian marilah kita cuba untuk berdiam diri dan cubalah untuk  menjadi pendengar sahaja bagi  spekulasi dan fitnah malah mungkin kita boleh menasihati mereka  yang cuba untuk menyebarkan dan mengembang biakkan gejala tidak sihat ini. Wallahualam

Advertisement

Responses

  1. ADA KISAH MENGATAKAN RAMAI USTAZ BERCERAMAH DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU BAHAWA KERAJAAN MELAYU MELAKA YANG DIDIRIKAN OLEH RAJA MELAKA ADALAH SEMASA BERTEDUH DI BAWAH POKOK. POKOK APA? POKOK MELAKA… MAKA JADILAH KERAJAAN MELAKA. MAKA SULTAN2 SEKARANG RAMAI DARI ZURIAT RAJA MELAKA TU KATANYA.

    MENGAPA PULAK SALAH BERKERAJAAN BAWAH POKOK? TAK SALAH MALAH ISLAMIK KOT???? PENING AKU!

    SOALANNYA APA NAMA KERAJAAN DAN BENTUK PERLEMBAGAAN MB BONEKA NIZAR DAN MB BAYANGAN NGEK/NGOK NAK DIRIKAN BERMULA DI BAWAH POKOK DI IPOH TU? REPUBLIK RAKYAT IPOH KE?????? BAWAH POKOK IPOH KE TU???

  2. tumpang sedih tuan tak dicalonkan.

    http://prioryofjenin.blogspot.com/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.