Alhamdulillah UMNO Bahagian Bukit Gantang dengan kerjasama Pengerusi-Pengerusi Zon DUN Sepetang yang diketuai oleh Sdr Adzmi Abdullah yang juga merupakan AJK Bahagian telah berjaya menganjurkan satu kejohanan Pintball peringkat DUN di Kg Air Putih pada hari Ahad 23 Mei, 2009. Kejohanan ini bagi merebut piala pusingan YB Datuk Haji Rosli Husin, Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Trong. Seramai 200 orang telah hadir sepanjang kejohanan ini berlangsung, bermula jam 9pagi hingga 3.00petang. Pasukan Kg Air Putih diketuai oleh Sdr.Mohd Noor Salleh(Pengurus) telah menjadi juara mengalahkan pasukan Taman Mewah yang diketuai oleh Sdr.Razali(Pengurus). Pada pengamatan saya kejohanan ini telah memberi impak yang bagus didalam mengeratkan silatulrahim dikalangan pemimpin bahagian dan ahli-ahli cawangan yang terdiri daripada semua golongan iaitu dewasa, pemuda, wanita dan puteri. Ianya juga berjaya menarik perhatian golongan muda yang masih tidak menyertai mana-mana parti dan badan NGO. InsyaAllah UMNO Bahagian akan menjadikan kejohonan ini sebagai jambatan untuk menghubungkan kemesraan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ketua Bahagian manakala mjlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh saya sendiri selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Tahniah kepada urusetia penganjur, tahniah kepada yang menang dan pada pasukan yang kalah jangan putus asa, cuba lagi di lain masa.
Posted by: kamarulail | May 26, 2009
Pertandingan Pintball DUN Sepetang
Advertisement
Posted in Uncategorized
