Khamis 28 Mei, 2009, jam 9.00pagi seramai 150 orang telah mula berkumpul di perkarangan bengkel Md Din di Sungai Baru, Sg Tinggi. Satu majlis yang diatur dan disusun oleh JKKK Sg.Nyor yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Radzi selaku Pengerusi JKKK, seramai 96 orang yang layak menerima zakat mewakili 6 cawangan dibawah naungan JKKK Sg Nyior. Wang zakat ini adalah sumbangan daripada Bank Rakyat melalui Timbalan Ketua UMNO BahagianSdr.Kamarulail Hj Sulaiman. YB Datuk Haji Rosli Husin hadir sebagai tetamu VVIP yang menyempurnakan majlis perasmian tersebut. UMNO Bahagian Bukit Gantang merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pengurusan Bank Rakyat yang telah menyalurkan RM100,000 wang zakat untuk diagihkan kepada 10 kawasan JKKK sebanyak RM10,000 setiap satu di dalam kawasan Parlimen Bukit. Semoga Parlimen Bukit Gantang akan sentiasa di hati Bank Rakyat dan kami seluruh warga Parlimen Bukit Gantang sentiasa mendoakan semoga Bank Rakyat terus dilimpahkan rahmat Allah swt dan terus maju.
Posted by: kamarulail | May 29, 2009
Majlis Penyampaian Wang Zakat Bank Rakyat
Posted in Uncategorized
