Salam pada para muslimin-muslimat yang berkesempatan menghadirkan diri di dalam gerombolan demontrasi jalanan dalam usaha mendesak kerajaan BN memansuhkan ISA.
Hasil susah payah sdr dan sdri telah memberi keuntungan kepada politikus yang menjadikan politik sebagai kerjaya sepanjang hayat. Kerjaya mereka sebagai ahli politik akan berkubur sekiranya tiada isu baru yang ditimbulkan. Wahai generasi muda yang intelektual, berfikir dan bermuhasabah diri lah supaya anda semua tidak dikudakan oleh para politikus yang ghairah dan bimbang akan kehilangan kerusi MP dan ADUN.
Negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 thn ini. sepanjang 52 tahun kemerdekaan berapa ramaikah rakyat malaysia yang telah di kenakan tahanan ISA? Siapakah mereka? Wajarkah mereka di tahan? Apakah kesalahan mereka? Berapa peratus jumlah mereka berbanding jumlah penduduk Malaysia?
Hanya mereka yang terlibat dengan aktiviti subersif dan mengancam keselamatan negara yang ditahan. Rakyat Malaysia yang mengamalkan RukuNegara insyaAllah akan selamat. Adakah insan yang cuba menggugat RukunNegara perlu kita sanjung sebagai pejuang……….
Kalau begitu tanggapan kita, maka kita juga sama dengan mereka tetapi jika kita cinta kepada keamanan dan keharmonian maka kita perlu menyokong supaya Akta ISA terus kekal bersama penambahbaikan mengikut masa.
