Biodata

Saya  dilahirkan pada tanggal 10 Ogos, 1963 di Kg Lalang, Pdg Rengas dan kemudian mendapat pendidikan awal di Sek Keb Tun Dr Ismail. Pendidikan peringkat menengah di Sek Men Tun Perak sebelum memasuki Sek Men Clifford dan Sek Men Teknik Pulau Pinang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1980.

Ayahanda Sulaiman bin Nordin, datuk dan moyang Nordin bin  Zainal Abidin adalah anak jati kelahiran Trong. Kegigihan moyang   dapat dilihat dari usaha membantu masyarakat setempat dengan membina masjid yang dinamakan Ar-Rahmaniah.

Masjid Al-Rahmaniah yang diwakafkan oleh arwah moyang, Zainal Abidin

Masjid Al-Rahmaniah yang diwakafkan oleh arwah moyang, Zainal Abidin

 

Arwah juga merupakan seorang pendakwah dan juga imam di masjid tersebut malah usaha beliau mewujudkan pusat pengajian agama demi menabur bakti bagi memajukan orang Melayu sekitar  Trong adalah satu sumber inspirasi saya menceburkan diri di bidang politik ini bagi mencapai matlamat yang sama dengan pendekatan yang berbeza. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 1830 dan disemadikan di perkarangan Masjid Al-Rahmaniah.

Makam persemadian Allahyarham Zainal Abidin

Makam persemadian Allahyarham Zainal Abidin

 

Saya  telah memasuki alam pekerjaan dengan menjawat jawatan Eksekutif di Bumiputra Commerce Bank Berhad bermula dari tahun 1982 hingga 2001. Setelah itu saya telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta Lailan Nahar bt Ishak dan diserikan dengan kehadiran 4 cahaya mata Adam 20, Thahirah 17, Fatimah 13 dan Khadijah 9 tahun. Kami dengan keizinanNYA menikmati kehidupan berumahtangga di,Desa Simpang Sentosa, Batu 2 ½ Jalan Simpang,  Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Ketika di alam pekerjaan ini saya  telah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara pada tahun 1997 di peringkat Diploma Perbankan dan kemudian menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di bidang pemasaran. Setelah beroleh Sarjana Muda Kepujian di Bidang Pemasaran dari UITM saya mengikuti Sarjana Sains Perbankan di Universiti Utara Malaysia sehingga dianugerahkan Sarjana Sains Perbankan. Demi menyumbang bakti  kepada anak bangsa saya telah memilih pekerjaan sebagai Pensyarah di Kolej Islam Darul Ridzuan pada 2003 setelah menimba pengalaman sebagai Pembantu Penyelidik di UUM dan meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah di  bidang Pendidikan Pembangunan Kurikulum dan Pengajaran Universiti Sains Malaysia.

Pada tahun 1988 hasil tauladan kepimpinan negara ketika itu giat membantu dan memajukan orang Melayu telah mendorong untuk sama-sama membantu  menggerakkan usaha tersebut lantas  saya telah menyertai Umno bagi merealisasikan usaha usaha murni ini. Ketika di landasan perjuangan ini saya telah diberi  peluang  memainkan lebih peranan dengan memikul tanggungjawab bagi  jawatan berikut:-

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Sg. Mas, Taiping bermula 1997 hingga 2003, Ketua Penerangan UMNO  Cawangan Taman Sg. Mas, Taiping bermula dari 1997 sehingga kini, Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian  pada tahun 1997 hingga 2001, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian  bermula tahun 1999 hingga 2008, Naib Pengerusi Biro Pembangunann Dakwah UMNO Bahagian Bukit Gantang  pada 2003 hingga kini, Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Bkt Gantang tahun 2003 hingga 2004, Setiausaha Bahagian Pengangkutan Jentera BN Parlimen Bukit Gantang pada PRU12 tahun 2004, Perwakilan UMNO Bahagian  Ke Perhimpunan  Agung UMNO Malaysia pada 2004 hingga 2007, Penceramah Pilihanraya  Biro Penerangan UMNO Malaysia pada 2005 hingga kini, Ketua UMNO  Cawangan Taman Sg Mas, Taiping  pada 2008, dan terkini saya diberi peluang dan tanggungjawab yang besar apabila menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang mula dari tahun 2008 hingga 2011.

Keterlibatan di peringkat komuniti adalah penting bagi menunaikan  hasrat masyarakat setempat dari itu saya juga telah diberi  amanah dan tanggungjawab sebagai :-

Bendahari JKKK Kg. Larut Tin, Taiping pada 1993 hingga 1995, Pengerusi Gerakan Belia 4B Taman Sg. Mas  pada tahun 1997 hingga 2007, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, Taman Sg. Mas mula dari tahun 2000 hingga 2003, Ahli Jawatankuasa Masjid Pengkalan  Aor, Taipingpada tahun 2001 hingga 2003, Fasilitator Biro Tatanegara JPM pada 2003 hingga kini, Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Parlimen Bukit Gantang  tahun 2004 hingga 2006 dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Tmn Sg. Mas bermula dari 2005 hingga kini.

 

Bersama masyarakat setempat di Parlimen Bukit Gantang

Bersama masyarakat setempat di Parlimen Bukit Gantang

 

Namun mandat yang diterima ini bukanlah satu punca kegembiraan malah ianya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas. Mandat ini sentiasa dinilai oleh warga yang dipimpin oleh itu muhasabah adalah diperlukan setiap masa bagi memastikan perjuangan ini sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Wallahualam.

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.